“Enhancing Health & Wellness Entrepreneur’s Skills & Income”
INTIPATI PROGRAM
Program ini merupakan inisiatif kolaboratif antara SME Corp. Malaysia dan Tanamera Wellness Sdn Bhd. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran perusahaan mikro dalam sektor spa, urutan kesihatan dan kecantikan, dengan memberi penekanan khusus pada urutan prenatal dan postnatal. Program ini bertumpuan kepada peningkatan kualiti urutan khususnya bagi wanita hamil dan ibu baru dan serta secara tidak langsung membantu usahawan kecil dan sederhana meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.
Kos Program
Harga Asal: RM 6,380
Harga Selepas Pembiayaan: RM 1,276
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Mei 2024
PAKEJ PROGRAM
PAKEJ LATIHAN KEMAHIRAN | HARI |
Latihan Theori
| 1 Hari |
Urutan Sebelum Bersalin Tanamera (Pre-Natal Massage) | 2 Hari |
Urutan Selepas Bersalin Tanamera (Post-Natal Massage) | 3 hari |
Teknik Ritual
| 1 Hari |
Komunikasi Pelanggan | 1/2 Hari |
Asas Pengurusan Kewangan | 1 Hari |
Penilaian Kemahiran Urutan - Selepas program Latihan | 1/2 Hari |
Penilaian Kemahiran Urutan - Maklum balas pelanggan | 1/2 Hari |
PAKEJ PERALATAN |
Peralatan
|
LATIHAN PREMIUM TANAMERA
"Post-Natal Massage Tanamera" memegang kedudukan yang unik sebagai satu-satunya urutan selepas bersalin di Malaysia yang diakui di peringkat antarabangsa. Kami berbangga menjadi peneraju yang berdedikasi untuk mengangkat industri urutan ke taraf yang lebih tinggi. Melalui SOP yang telah teruji, manual rawatan lengkap, dan modul latihan yang diiktiraf secara global, kami menjanjikan pendekatan yang sistematis dan berstruktur. Pengajaran dan bahan latihan kami, yang diperkaya melalui penyelidikan mendalam dan pengalaman praktikal, dijamin sesuai dengan tuntutan industri terkini.
Di samping itu program ini disampaikan oleh jurulatih pakar yang juga diiktiraf diperingkat global. Pendekatan ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan mendalam. Pergandingan konsep urutan dan pelatih yang diiktiraf gobal, menjadikan program kami luar biasa dalam mempersiapkan peserta dengan dasar yang mantap dan kemahiran esensial untuk kecemerlangan dalam industri urutan spa, kesihatan dan kecantikan.
MANFAAT PROGRAM
SYARAT KELAYAKAN
Peserta yang layak mendapat pembiayaan SMECorp Malaysia
Nota: Sila rujuk Soalan Lazim jika anda masih berminat tetapi kriteria di atas tidak mencukupi.
PROSEDUR PROGRAM
Daftar Minat
(Tarikh tutup 15 Mei 2024)
Hadir Program Induksi
(Penerangan teperinci
pemohonan dan kelayakan)
Pengumuman
Peserta Terpilih
(Minggu Ketiga Mei 2024)
Sesi Latihan Kemahiran
(Teori dan Praktikal)
Mei - Jun 2024
Sesi Penilaian Luaran
(Maklum Balas Pelanggan)
Sesi Penilaian Dalaman
Ujian Praktikal:
Setelelah selesai latihan kemahiran
Mentoring
Konsultansi dan Pemantauan
Hasil Perniagaan
Penyampaian Sijil
SOALAN LAZIM
Apa itu program Enhancing Health & Wellness Entrepreneur’s Skills & Income
Program ini merupakan inisiatif kolaboratif antara SME Corp. Malaysia dan Tanamera Wellness Sdn Bhd. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran perusahaan mikro dalam sektor spa, urutan kesihatan dan kecantikan, dengan memberi penekanan khusus pada urutan prenatal dan postnatal. Program ini bertumpuan kepada peningkatan kualiti urutan khususnya bagi wanita hamil dan ibu baru dan serta secara tidak langsung membantu usahawan kecil dan sederhana meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.
Apakah kebaikan menyertai program ini?
Para peserta akan mendapatkan peluang untuk menguasai teknik urutan premium post-natal and pre-natal dari Tanamera Wellness. Peserta juga dilengkapi dengan peralatan urutan bagi mempermudah operasi perniagaan. Selain itu, peserta akan diberikan latihan dalam asas pengurusan kewangan dan mempelajari komunikasi pelanggan yang efektif. Sebagai nilai tambah, 80% kos latihan kemahiran dan peralatan dibiayai oleh SME Corp Malaysia.
Usahawan mikro yang beroperasi dalam perniagaan urutan, spa dan kecantikan dengan jualan tahunan kurang dari RM 300,000 atau pekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang, layak menyertai program ini. Syarikat peserta perlu memiliki Sijil PMKS dari SME Corp. Malaysia.
Siapa yang layak untuk menyertai program ini?
Apa itu Sijil PMKS?
Sistem Pendaftaran Status PMKS merupakan inisiatif baharu yang dibangunkan oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Syarikat saya tidak memilikii Sijil PMKS dimana saya boleh membuat pemohonan?
Jika syarikat peserta menepati syarat jualan tahunan kurang dari RM 300,000 atau pekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang, tetapi tidak memiliki Sijil PMKS, kami akan membantu anda memohon sijil ini dari SME Corp Malaysia. Sila nyatakan di dalam borang daftar minat bahawa syarikat peserta tiada sijil ini. Jika anda terpilih menyertai program ini, pihak kami akan menghubungi anda bagi keterangan lanjut.
Saya bukan berbangsa melayu adakah saya layak?
Semua usahawan mikro warganegara Malaysia layak membuat permohonan atau daftar minat.
Saya membuat urutan secara sambilan dan tidak mempunyai syarikat, adakah saya layak membuat permohon?
Program ini memberi kepentingan kepada perusahaan mikro dalam industri ini. Namun demikian jika anda berminat, anda perlu ditemuduga secara dalam talian. Anda hendaklah terlebih dahulu menyatakan minat dengan mengisi borang daftar minat. Pihak kami akan menghubungi anda bagi keterangan lanjut.
Berapakah kos program ini dan adakah bantuan kewangan disediakan?
Harga asal program adalah RM 6,380. 80% daripada kos dibiayai oleh SME Corp Malaysia. Selebihnya anda perlu membuat pembayaran sebaik sahaja anda layak diterima masuk ke program ini. Jumlah pembayaran yang perlu dibayar adalah RM 1,276.
Bagaimana saya hendak membuat pemohonan / daftar minat?
Apakah pakej program yang ditawarkan?
Sila klik link ini untuk mendaftar minat.
Sila klik link ini mengetahui pakej program
Apakah dokumen yang diperlukan?
Dimanakah lokasi latihan ini dijalankan?
Lokasi latihan di Tanamera Wellness Sdn Bhd, SS15 Subang Jaya, Selangor.
Bilakah sesi program ini akan bermula?
Sesi latihan kemahiran dijangkakan bermula pada bulan Mei - Jun 2024 Tarikh tetap akan diumumkan kemudian
Berapa lama tempoh latihan kemahiran?
Tempoh latihan adalah 10 hari. Sila rujuk prosedur program bagi memahami jangkamasa perlaksanaan program sebelum mendaftar minat. Setelah anda layak menyertai program ini, jadual terperinci akan disediakan kepada peserta.
Adakah sesi latihan dijalankan setiap hari?
Kami memahami sebagai seorang usahawan masa amatlah terbatas, oleh yang demikian sesi 10 hari akan dipecahkan secara berkumpulan. Perlu difahami bahawa sebahagian latihan perlu dijalankan secara berterusan untuk membolehkan peserta mendapatkan kefahaman yang lebih baik. Jadual terperinci akan disediakan sebelum sesi latihan dijalankan.
Adakah penginapan dan kos perjalan disediakan?
Penginapan dan kos perjalanan tidak disediakan.
Saya tidak dapat hadir ke program induksi, adakah pemohonan saya diterima?
Program induksi adalah bertujuan untuk memberi pencerahan mengenai intipati program secara lebih teperinci bersama SME Corp. Malaysia. Adalah lebih baik jika bakal peserta dapat menghadirkan diri.